Cintailah Bahasa Kita

Kalini izinkan saya menulis dalam bahasa Malaysia untuk kali ini. Ialah (Yelah), kerajaan kita rancak berkempen supaya kita mencintai bahasa kebangsaan, kita asyik buat tidak tahu sahaja. Jadi, untuk tidak merugikan kerajaan kita, untuk kali ini, kali ini sahaja, saya akan berbelog dalam bahasa Malaysia.



Tapi sebab saya tak ada idea nak tulis apa apa, jadi dengan ini amatlah berbesar hati saya kiranya setiap peminat2 saya baik dalam ataupun luar negara, pembaca setia saya, pengkritik budiman sekalian, maka silalah baca karya dibawah. Karya ini dipetik daripada saudara Encik Comel ataupun dikenali sebagai Encik Safwan. Rujuk di sini.



Petikan yang dipetik:

K3G

Tajuk macam gempak.

Apedehal la dengan K3G ni kan?

K3G ni ialah Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan. Tahun ni akan berlangsung lagi iaitu pada hujung minggu ni, 14-16hb May 2010 di PWTC.

500 MAJIKAN bermurah hati menyertai karnival ini.
15000 PELUANG kerja.

Kalau baca tajuk pon dah tahu kan apa motif Karnival ni. Nak tahu lebih lanjut? Klik SINI.

Kalau anda rasa anda :

- sedang menghabiskan duit mak bapak kat rumah dan kena bebel hari-hari.

- ada sijil degree atau diploma dalam laci, tapi tersimpan rapi tanpa guna sekali pon lagi.

- masih berbangga dah dapat grad, tapi tak sedar dicemuh hari-hari sebab tiada kerja.

- dah ada kerja, tapi kerja sekarang ni gaji cukup2 bayar PTPTN je.

- kerja anda sekarang ni tak ada kena mengena dengan course yang ada ambil kat U dulu.

- tempat kerja anda dipenuhi Mat Bangla dan selalu kena gangguan seksual.

Jadi anda boleh cuba menjadikan karnival ini sebagai batu loncatan, atau game changer dalam kerjaya anda. Siapa tahu rezeki anda di sini.

Tanpa perlu membaca bebelan seterusnya, anda boleh klik di SINI untuk mendaftar secara cepat, mesra dan betul.

Kalau nak lagi hebat, klik kat SINI untuk konfemkan kehadiran anda.

Berdasarkan maklumat yang aku terima, ada 200 terminal disediakan pada hari Karnival tu, bagi sesiapa yang tiada perkhidmatan internet dan nak pergi CC macam tak 'in' dengan diri, boleh mendaftar kat sana je. Tapi jangan komplen la ketiak basah sebab tunggu turn nak guna komputer tu. Ramai gila orang kat sana. So, klik kat link aku kasi tu untuk kesenangan bersama.

Oh ye. Korang semua boleh hantar resume pada hari berkenaan dan ada walk-in interview lagi. Pakai la smart-smart sikit k. Mana tahu ada awek-awek kat situ. 2 in 1. Dapat kerja dan jodoh sekali gus.. auww!!

8 comments:

HEROICzero said...

haha style la ame~

jane said...

hahahahhaha
ingat khabi khushi khabi gam tadi
kehkehkeh


hey zerooooo

>.<

HEROICzero said...

hehehe k3g.. khabi khushi kabhi gam~ wakaka...

hey jane!! janey from the blog!

RinG said...

amende khabi khushi khabi gam ni? hey zero (kosong? symbolized bulat yg besar menas gmok?), hey jane

RinG said...

dah faham ngan sendiri dah kabi khushi khabi gam, tu k3g, i see

HEROICzero said...

lombab bebeno ekau ni RinG.. wakaka~

joven said...

hi, you have nice blog.. u can view also mine..http://akoniwares.blogspot.com

Anonymous said...

This will astonish you!

ZEITGEIST: ADDENDUM

http://www.zeitgeistmovie.com/

Money as debt

http://www.youtube.com/watch?v=vVkFb26u9g8

project camelot magnetic motor

http://www.youtube.com/watch?v=hkgyY47duCM

AMAZING!!

OZONATED WATER: CURE ANYTHING!

http://www.stoptherobbery.com/

Monatomic Gold

http://monatomicgold.co.uk/index.php

HydrogenCar